Kategori B: Unik & Pelbagai
Lokasi: Jalan Laksamana, Batu Caves.
Pili Bomba cedera parah. Kesan tayar kenderaan berat di tempat kejadian (mungkin mangsa langgar lari). Walaubagaimanapun keadaan mangsa dilaporkan stabil & tidak berapa kritikal. Ianya dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan pesakit luar dari Klinik 1 Malaysia Jalan Sungai Tua. Sekian.
Kategori A: Kesalahan
30 Mac 2011 - Sebuah kereta dijumpai tersesat lalu "ter"berhenti berhampiran sebuah Pili Bomba. Pemandu kereta tidak dapat dikesan, mungkin dalam perjalanan (jalan kaki) ke Klinik 1 Malaysia untuk mengambil ubat susulan untuk Pili Bomba yang menjadi mangsa langgar lari. Identiti nombor pendaftaran kereta dirahsiakan.
No comments:
Post a Comment