Kategori B: Unik & Pelbagai
Lokasi: Wisma Keringat, Lorong Batu Caves 1.
Pili Bomba ini tidak kelihatan jika dilihat dari tepi. Pili Bomba ini dilindungi oleh 2 batang besi disisi kiri & kanan. Jika tidak kerana batang besi tersebut tentu Pili Bomba ini juga menjadi mangsa langar lari. Batang besi sebelah kiri boleh dilihat condong selepas dilanggar.
Selain dari batang besi tersebut Pili Bomba juga dijaga oleh seorang "Pengawal" (sebelah kanan foto bawah). Semasa mengambil foto ini "Pengawal" itu menyedari kehadiran saya. Kerana Pili Bomba itu tidak diusik "Pengawal" tersebut sempat menyambungkan tidurnya yang tergendala sebentar.
No comments:
Post a Comment